Rasuah RM30,000, Usahawan Wanita Direman 7 Hari 

LocalPolitics
5 Sep 2026 • 2:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Rasuah RM30,000, Usahawan Wanita Direman 7 Hari 

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia lingkungan 60-an yang juga ahli perniagaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima suapan kira-kira RM30,000.

Wang berkenaan dipercayai diterima sebagai balasan kerana membantu dua syarikat berkaitan persenjataan dan pertahanan mendapatkan geran serta pembiayaan, di bawah skim pembiayaan usahawan Bumiputera.

Perintah reman terhadap suspek, yang berkuat kuasa dari 4 hingga 10 September 2026, dikeluarkan Majistret Aliaa Anwar di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang memiliki sebuah syarikat perundingan, pengurusan dan perkhidmatan perniagaan itu didakwa menerima wang tersebut sebagai balasan kerana membantu syarikat terbabit mendapatkan geran dan pembiayaan berkenaan.

Sumber SPRM berkata, wanita itu ditahan kira-kira jam 6.45 petang pada 3 September lalu di Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati kesalahan tersebut disyaki berlaku pada Mac 2025.

“Suspek dipercayai meminta dan menerima kira-kira RM30,000 sebagai suapan daripada pemilik sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang persenjataan dan pertahanan,” katanya.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib, ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.

Beliau berkata kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. - Getaran, September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved