Rawang- Sungai Buloh sesak 7km, kemalangan di lorong kiri

7 Oct 2026 • 10:04 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rawang- Sungai Buloh sesak 7km, kemalangan di lorong kiri

PETALING JAYA – Aliran trafik dari Rawang menghala ke Sungai Buloh dilaporkan sesak sejauh kira-kira tujuh kilometer pagi ini susulan kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Astro Radio Traffic menerusi kemas kini pada pukul 8.43 pagi memaklumkan, trafik bergerak perlahan dari Rawang hingga ke kawasan Hospital Sungai Buloh.

Kesesakan itu berpunca daripada satu kemalangan yang berlaku di lorong kiri sekitar Kilometer (KM) 451.8.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial mendakwa kemalangan tersebut membabitkan beberapa motosikal, manakala sebuah ambulans dilihat tiba di lokasi kejadian.

“Nampak tadi ketika ambulans sampai. Motosikal langgar sama motosikal. Mangsa selamat dan sudah dimasukkan ke dalam ambulans,” kata seorang pengguna Threads, @capybaragoreng.com__.

Seorang lagi pengguna, @ciksyazira.az memaklumkan kesesakan masih berlaku ketika dia melalui kawasan tersebut dan ambulans sudah berada di tempat kejadian.- KOSMO! ONLINE

The post Rawang- Sungai Buloh sesak 7km, kemalangan di lorong kiri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved