Rayuan kelab gergasi EPL gagal, pemain 16 tahun digantung tiga perlawanan

FootballSports
30 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Rayuan kelab gergasi EPL gagal, pemain 16 tahun digantung tiga perlawanan

Persatuan Bolasepak England (FA) menolak rayuan Arsenal berhubung kad merah yang dilayangkan kepada Max Downman dalam perlawanan Piala Liga baru-baru ini.

Pemain berusia 16 tahun itu diperintahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan pada minit ke-85 susulan tindakannya menendang pemain lawan, Harrison Neal, selepas satu terjahan keras.

Arsenal yang beraksi dengan 10 pemain itu terpaksa akur tewas menerusi penentuan sepakan penalti 3-5 kepada pasukan divisyen empat, Fleetwood Town, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

 

 

 

— Henry Winter (@henrywinter) October 29, 2026

 

 

FA menolak rayuan itu dengan menjelaskan: "Suruhanjaya Kawal Selia bebas telah menolak rayuan berhubung dakwaan kad merah yang tidak wajar serta hukuman yang terlalu berat terhadap Max Dowman.

"Pemain Arsenal itu akan digantung selama tiga perlawanan." katanya.

Downman akan terlepas tiga aksi berdepan Liverpool, Hull City dan Newcastle United dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved