
KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2026 – RCB Day 2026 berlangsung meriah di Heritage Valley, Kuala Lumpur pada Ahad, 23 Ogos, dengan kehadiran lebih 2,500 pengunjung terdiri daripada peminat motosikal, rakan niaga, pasukan lumba, penaja, pelumba negara serta komuniti permotoran.
Berlangsung dari 11 pagi hingga 10 malam, acara julung kali dianjurkan di Malaysia itu menampilkan pelbagai aktiviti termasuk pameran motosikal, zon hiburan, persembahan artis, silat, cabutan bertuah serta aktiviti interaktif untuk pengunjung.
Pengurus Jenama RCB, Amir Azizi Rahman, berkata sambutan menggalakkan tersebut memberi keyakinan kepada RCB untuk menjadikan RCB Day sebagai acara tahunan sebagai tanda penghargaan kepada komuniti dan pengguna produk RCB.
Antara tarikan utama ialah pameran hampir 40 buah motosikal, selain cabutan bertuah yang menawarkan tiga motosikal sebagai hadiah utama iaitu AFAZ Kencana Sport, Aveta Nova 200 dan Honda RS-X.
Empat kategori pertandingan pameran motosikal turut diadakan. Muhammad Hafiz muncul juara King of RCB Moped, Azman Borhamdin memenangi King of RCB Scooter, Mohaza Mohd Nor menjuarai RCB Superstar Coverset, manakala Muhammad Megat Firdaus memenangi kategori RCB Drag King / Tayar Sotong.
Kemeriahan acara turut diserikan persembahan kumpulan rock terkenal XPDC yang membawakan lima lagu, selain persembahan Black Hanifah dengan tiga lagu.
RCB Day 2026 turut mendapat sokongan penaja utama seperti Boon Siew Honda, Aveta, AFAZ, Suzuki, Pirelli, Windham Genting Highlands, RCB, UMA Racing, KYT dan Samurai.
Antara rakan strategik yang turut membuka ruang pameran dan jualan ialah TWMR, Sepang International Circuit (SIC), Hong Leong Yamaha, HS 55 Coffee, Ipone dan redONE Mobile.
Menurut RCB, sambutan tahun pertama yang menggalakkan ini menjadi asas untuk penganjuran RCB Day pada skala lebih besar pada tahun hadapan, dengan lebih banyak penyertaan, aktiviti komuniti serta hadiah menarik.
Dengan slogan “Different Ride, One Community”, RCB Day 2026 berjaya menghimpunkan pelbagai kelompok dalam komuniti dua roda dalam satu acara yang santai, meriah dan penuh semangat.





The post RCB Day 2026 Meriah, Lebih 2,500 Pengunjung Raikan Komuniti Dua Roda appeared first on TW Media.






