RCI Tabung Haji: Bekas Pengerusi TH, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ditahan

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 7:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RCI Tabung Haji: Bekas Pengerusi TH, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ditahan
Bekas Pengerusi Tabung Haji dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu yang dibangkitkan dalam laporan RCI Tabung Haji. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Memetik TikTok rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kedua-dua lelaki berusia lingkungan 60-an tersebut ditahan kira-kira jam 4 petang ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

"Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman esok," katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH direman tujuh hari sehingga 27 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan pendedahan RCI mengenai TH.

Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.

Laporan RCI mengenai TH yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu merekodkan pelbagai kelemahan berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta mengemukakan 25 syor penambahbaikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved