Pada 4 Ogos lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya telah menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) untuk siasatan berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).
BACA ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: SPRM Tahan Bekas CEO, CFO Selepas Disyaki Salah Guna Kuasa Beli Saham Nilai RM370 Juta
BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘Laporan RCI Tabung Haji Sahkan 5 Isu Pokok Termasuk Transaksi Mencurigakan’ – Rafizi
Bekas Pengerusi TH & bekas KSP ditahan SPRM semalam (26 Ogos)
Semalam (26 Ogos) dua lagi individu berprofil tinggi telah ditahan oleh SPRM iaitu bekas Pengerusi Lembaga TH dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, pada 26 Ogos.
Mereka yang bergelar Datuk Seri dan Tan Sri berusia dalam lingkungan 60-an telah dibawa ke Mahkamah Putrajaya pada pagi ini (27 Ogos) dipercayai bagi mendapatkan perintah reman, lapor Sinar Harian.
Menurut Malaysia Gazette yang memetik sumber, bekas Pengerusi TH sebelum ini telah dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan pada tengah hari semalam sebelum beliau ditahan sekitar jam 4 petang.
BACA ARTIKEL BERKAITAN:“Ini Soal Amanah” – Anwar Jelas Pendedahan Laporan RCI Tabung Haji Bukan Politik Picisan
Ditahan untuk bantu siasatan berhubung kes RCI Tabung Haji
Kedua-dua mereka dipercayai ditahan oleh SPRM bertujuan untuk membantu siasatan berikutan isu yang dibangkitkan dalam RCI Tabung Haji.
Sementara itu, sumber turut mendakwa terdapat beberapa lagi pemimpin dari parti UMNO serta Barisan Nasional (BN) juga akan didakwa pada 28 Ogos (Jumaat) ini.
“Ada beberapa nama, dikaitkan dengan pelbagai salah laku ketika berada dalam tampuk kerajaan. Nantikan kejutan Jumaat ini,” ujar sumber itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman turut mengesahkan berhubung penahanan dua individu berprofil tinggi itu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
“Saya Orang Pertama Bagi Kerjasama” – Isu Laporan RCI Tabung Haji, Abdul Azeez Sedia Disiasat Semula







