RCI Tabung Haji: Polis buka lima kertas siasatan

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 3:52 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: RCI Tabung Haji: Polis buka lima kertas siasatan

KUALA LUMPUR - Polis membuka lima kertas siasatan selepas menerima sembilan laporan daripada Lembaga Tabung Haji (TH), anak syarikatnya dan orang awam berhubung kes jenayah komersial termasuk perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa berkata bagi melengkapkan siasatan, tindakan sedang diambil untuk merakam keterangan saksi dari dalam dan luar negara selain mendapatkan dokumen berkaitan bagi membantu siasatan.

"Polis komited untuk memastikan setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus, profesional dan berlandaskan undang-undang.

"Mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah akan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

"Sebarang kenyataan atau penyebaran maklumat yang tidak berasaskan fakta bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi menjejaskan proses siasatan,” katanya. - 5 Ogos, 2026

The post RCI Tabung Haji: Polis buka lima kertas siasatan appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved