Lima pegawai kanan polis KL naik pangkat SAC

6 Aug 2026 • 2:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lima pegawai kanan polis KL naik pangkat SAC

KUALA LUMPUR – Lima pegawai kanan Polis Kontinjen Kuala Lumpur dinaikkan pangkat daripada Asisten Komisioner (ACP) kepada Senior Asisten Komisioner (SAC).

Antaranya Ketua Polis Daerah Sentul, SAC Basri Sagoni; bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, SAC Sazalee Adam; bekas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, SAC Zulkarnain Samsudin.

Selaij itu, bekas Timbalan Ketua Cawangan Khas (Risikan dan Operasi) Kuala Lumpur, SAC Kamaruzaman Md Alib serta bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, SAC Haslah Bachok.

Basri dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan/Tahanan/Pengawasan JSJ Bukit Aman, manakala Sazalee menggalas tugas sebagai Ketua JSJ Kuala Lumpur.

Zulkarnain pula dilantik sebagai Ketua JSJ Selangor, Kamaruzaman sebagai Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas Bukit Aman, manakala Haslah menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Majlis pemakaian pangkat itu disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut Fadil, kenaikan pangkat berkenaan bukan sekadar pengiktirafan terhadap prestasi dan dedikasi yang ditunjukkan, sebaliknya amanah lebih besar untuk dipikul dengan penuh integriti, profesionalisme dan keikhlasan.

“Majlis ini juga mencerminkan kesinambungan kepimpinan dalam Polis Diraja Malaysia.

“Pertukaran jawatan merupakan satu proses penting bagi memastikan organisasi terus berkembang dengan idea, pengalaman dan pendekatan baharu, tanpa menjejaskan kelangsungan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di sini pada Khamis.

Majlis itu turut menyaksikan ACP Kee Hang Kee dilantik sebagai Ketua JSJN Kuala Lumpur dan ACP Saefuddin @ Mohd Fitri Abdul Rahman sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas (Risikan Operasi) Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

The post Lima pegawai kanan polis KL naik pangkat SAC appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved