
KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan dua anggota Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membantu siasatan kes seorang juruterbang menyeludup dadah ke Indonesia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, rakaman percakapan dibuat dua hari lalu yang merupakan sebahagian daripada proses siasatan.
Katanya, tiada tangkapan dibuat setakat ini.
“Kedua-dua anggota berkenaan tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan suspek,” katanya hari ini.
Hussein berkata, polis turut menyiasat kemungkinan wujud kaitan antara kes juruterbang terbabit dengan penahanan seorang lagi rakyat Malaysia berusia 22 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya.
Pada 29 Julai lalu, juruterbang itu ditahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram dadah.-UTUSAN
The post Dua anggota AVSEC diambil keterangan, tiada tangkapan dibuat appeared first on Utusan Malaysia.





