RCI Tabung Haji: SPRM Tahan Bekas CEO, CFO Selepas Disyaki Salah Guna Kuasa Beli Saham Nilai RM370 Juta

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 12:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

RCI Tabung Haji: SPRM Tahan Bekas CEO, CFO Selepas Disyaki Salah Guna Kuasa Beli Saham Nilai RM370 Juta

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat milik badan berkanun ditahan untuk siasatan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Mereka disyaki menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai RM370 juta.

Dua Suspek Ditahan Ketika Beri Keterangan, Sebelum Dibebaskan Atas Faktor Kesihatan

Menurut sumber dipetik Sinar Harian, kedua-dua suspek masing-masing berusia 68 dan 60 tahun telah ditahan semasa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kira-kira jam 6.30 petang, semalam (4 Ogos).

“Bagaimanapun kedua mereka telah dibebaskan malam semalam (Selasa) atas faktor kesihatan.

“Mereka akan hadir semula ke SPRM pada jam 10 pagi hari ini (Rabu) bagi disambung rakaman percakapan,” katanya.

SPRM Tubuhkan Pasukan Khas Untuk Siasat RCI Tabung Haji

Tangkapan berkenaan dibuat selepas pasukan khas yang ditubuhkan SPRM menjalankan siasatan terhadap dapatan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Tabung Haji Rugi RM10 Bilion Sebab Tak Ikut Peraturan & Banyak Masalah Sejak 2014 – Anwar

Baca Artikel Berkaitan: ‘Laporan RCI Tabung Haji Sahkan 5 Isu Pokok Termasuk Transaksi Mencurigakan’ – Rafizi

SPRM Sahkan Penahanan Dua CEO & CFO

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman turut mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pengarah sebuah syarikat reka bentuk direman dua hari bagi membantu siasatan selepas disyaki memberi rasuah bernilai kira-kira RM300,000 kepada seorang COO sebuah badan berkanun.

Rasuah dalam bentuk pengubahsuaian empat unit rumah milik COO itu disyaki sebagai balasan membantu mendapatkan projek ubah suai.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan terbabit dalam tempoh tahun 2014 hingga 2018.

Bekas Pengurus Ladang Disyaki Seleweng Kontrak Bernilai Anggaran RM8 Juta

Suspek kedua yang turut ditahan semalam, 4 Ogos membabitkan seorang bekas pengurus ladang sebuah syarikat pembekalan anak benih pokok getah yang disyaki menyeleweng kontrak bernilai kira-kira RM8 juta.

Suspek dipercayai menyeleweng projek pembekalan anak benih getah di dua syarikat perladangan, iaitu anak syarikat badan berkanun berkenaan antara tahun 2015 hingga 2017.

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Soal Amanah” – Anwar Jelas Pendedahan Laporan RCI Tabung Haji Bukan Politik Picisan

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Orang Pertama Bagi Kerjasama” – Isu Laporan RCI Tabung Haji, Abdul Azeez Sedia Disiasat Semula

Baca Artikel Berkaitan: Jabatan Audit Negara Gagal Tegur TH Isytihar Hibah 2017 Sebanyak RM2.75 Bilion – RCI Tabung Haji

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved