RCI Tabung Haji: Tiada syor salah guna kuasa, hanya tak pandai urus

LocalBusiness & Finance
29 Jul 2026 • 10:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI Tabung Haji: Tiada syor salah guna kuasa, hanya tak pandai urus

PETALING JAYA – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak membuat syor bahawa berlaku salah guna kuasa dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (LTH), sebaliknya mendapati pelbagai kelemahan tadbir urus dan pengurusan menjadi punca utama krisis yang melanda institusi itu.

Laporan RCI menyatakan masalah yang dihadapi LTH berpunca daripada gabungan beberapa faktor termasuk pembayaran hibah yang tidak mampan, keputusan pelaburan berisiko tinggi, amalan perakaunan yang tidak sesuai serta kelemahan sistem tadbir urus.

Menurut laporan itu, suruhanjaya turut mengesan beberapa transaksi mencurigakan dan pelaburan bermasalah, namun tidak membuat dapatan bahawa berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana individu.

Sebaliknya, RCI mengesyorkan audit forensik dijalankan terhadap beberapa pelaburan bagi menentukan sama ada wujud pelanggaran undang-undang atau salah laku yang memerlukan tindakan lanjut.

“Walaupun terdapat transaksi yang mencurigakan dan beberapa pelaburan bermasalah, suruhanjaya mengesyorkan audit forensik dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat pelanggaran undang-undang atau salah laku yang memerlukan tindakan lanjut,” ujarnya.

RCI turut mendapati proses membuat keputusan pelaburan di LTH tidak tersusun selain berlaku kelemahan koordinasi antara pengurusan kanan, Panel Pelaburan dan pihak berkaitan.

“Proses membuat keputusan pelaburan didapati tidak teratur, tidak jelas serta gagal memastikan semakan yang mencukupi, sekali gus menyumbang kepada berlakunya pelaburan-pelaburan yang bermasalah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post RCI Tabung Haji: Tiada syor salah guna kuasa, hanya tak pandai urus appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved