RCI TH: Bekas Menteri Tiba Mahkamah Bagi Prosiding Reman

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 10:48 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

RCI TH: Bekas Menteri Tiba Mahkamah Bagi Prosiding Reman

PUTRAJAYA, 2 Sept (Bernama) -- Seorang bekas menteri tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi prosiding reman berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH).

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu, tiba pada 10.25 pagi dengan memakai baju reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Semalam, individu tersebut ditahan kira-kira 4.30 petang, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, dipercayai bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan TH di Arab Saudi.

Laporan RCI TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Baca juga:

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved