Realme Mengesahkan Tiada Versi Pro+ Untuk Siri Realme 15

TechnologyDigital
17 Jul 2025 • 6:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme telah membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan penjenamaan Pro+ dalam siri telefon pintar nombor mereka yang telah digunakan sejak beberapa generasi terdahulu. Perkara ini disahkan oleh Pengarah Pemasaran Global Realme, Francis Wong menerusi ciapan terbaharu di Twitter rasmi beliau.

image is not available

Menurut beliau, Realme tidak akan melancarkan Realme 15 Pro+ sebaliknya hanya hadir dengan Realme 15 Pro sebagai pengganti kepada Realme 14 Pro+. Manakala model Realme 15 pula akan menggantikan Realme 14 Pro. Keputusan ini menandakan perubahan strategi penjenamaan syarikat yang mungkin bertujuan untuk mengemaskini barisan produk serta menawarkan spesifikasi lebih baik bagi versi Pro.

image is not available

Tiada penjelasan rasmi diberikan berhubung sebab utama langkah ini diambil. Namun, ia mungkin disebabkan oleh penawaran spesifikasi yang hampir serupa antara model Pro dan Pro+ sebelum ini sekaligus menjadikan satu varian yang lebih fokus sebagai pendekatan lebih efisien.

Siri Realme 15 dijadualkan untuk pelancaran rasmi pada 24 Julai 2025 di mana pengguna dijangka mendapat gambaran penuh mengenai spesifikasi dan ciri baharu yang ditawarkan.