Redza Rosli ‘lari’ lagi daripada media

LocalEntertainment
10 Sep 2026 • 5:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Redza Rosli ‘lari’ lagi daripada media

KUALA LUMPUR: Pelakon Redza Rosli sekali lagi mengelak daripada ditemu bual pihak media ketika menghadiri Sidang Media Pentas Drama TV Alhijrah 2026, di sini hari ini.

Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 34, pada awalnya dikatakan mahu ke tandas sebelum sesi sidang media berkenaan bermula.

Bagaimanapun, pelakon itu kemudiannya dilihat bergegas menuju ke keretanya melalui pintu belakang tanpa meluangkan masa untuk ditemui media bagi sesi temu bual.

Redza hadir ke sidang media berkenaan bagi mempromosikan telemovie lakonannya berjudul Azan Terakhir Seorang Pendosa.

Kehadiran Redza pada sidang media itu berlaku pada hari sama rumah tangganya bersama isteri, Bella Hanna, dikatakan berdepan masalah selepas pasangan berkenaan dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Redza enggan mengulas mengenai kehadiran mereka yang turut ditemani peguam.

Aktor berkenaan hanya memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung kehadiran mereka di mahkamah berkenaan.

Sebelum ini, Bella mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya selepas memuat naik foto di sekitar kawasan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 2 Julai lalu.

Bagaimanapun, menerusi hantaran di platform Threads, Bella menjelaskan berlaku salah faham dalam kalangan pengikutnya berhubung perkongsian yang dimuat naik menerusi Instastory Instagram ketika itu.

Menurut Bella, kehadiran seseorang ke pejabat agama tidak semestinya mempunyai kaitan dengan urusan perceraian.

Untuk rekod, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess, pada 13 Januari lalu. -UTUSAN

The post Redza Rosli ‘lari’ lagi daripada media appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved