Redza Rosli terus membisu tentang cerai, ‘lari’ daripada media

Entertainment
10 Sep 2026 • 6:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Redza Rosli terus membisu tentang cerai, ‘lari’ daripada media

KUALA LUMPUR – Membisu tanpa sepatah kata, pelakon Redza Rosli sekali lagi mengelak daripada ditemu bual wartawan ketika menghadiri sidang media Pentas Drama TV Alhijrah 2026, petang tadi.

Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 34, pada awalnya dikatakan mahu ke tandas sebelum sesi sidang media bermula.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan kemudian dilihat bergegas menuju ke kereta menerusi pintu belakang premis tanpa menemui pihak media untuk sesi temu bual.

Kehadiran Redza pada sidang media tersebut adalah bagi mempromosikan telemovie lakonannya, Azan Terakhir Seorang Pendosa.

Sebelum ini, rumah tangga Redza bersama isteri, Bella Hanna, menjadi perhatian apabila pasangan berkenaan dilihat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

Redza turut ditemui media di luar mahkamah, namun aktor berkenaan enggan mengulas mengenai kehadiran mereka bersama seorang peguam.

Terdahulu, Bella pernah mencetuskan persoalan dalam kalangan pengikut selepas berkongsi foto sekitar kawasan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat menerusi Instagram pada 2 Julai lalu.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di platform Threads, Bella menjelaskan terdapat salah faham terhadap hantaran tersebut.

Menurut Bella, kehadiran seseorang ke pejabat agama tidak semestinya berkait dengan urusan perceraian.

Untuk rekod, Redza mendirikan rumah tangga bersama Bella pada 21 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess, pada 13 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Redza Rosli terus membisu tentang cerai, ‘lari’ daripada media appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved