Remaja 15 Tahun Mengaku Salah Buang Bayi Baru Lahir Di Kawasan Semak

3 Aug 2026 • 6:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Remaja 15 Tahun Mengaku Salah Buang Bayi Baru Lahir Di Kawasan Semak

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuan yang baru dilahirkannya di kawasan semak di Kampung Jawa Sentosa bulan lalu.

Tertuduh yang tidak lagi bersekolah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Mengikut pertuduhan, remaja berkenaan didakwa meninggalkan bayi perempuan yang baru dilahirkannya dengan niat membuang bayi tersebut di kawasan semak di Kampung Jawa Sentosa, Jalan Guru, kira-kira jam 4.30 pagi 21 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan laporan kimia tertuduh. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin, manakala remaja terbabit yang tidak diwakili peguam memohon hukuman yang lebih ringan.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 7 pagi pada 21 Julai selepas seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di tepi sebuah rumah berhampiran Flat SMK Tawau Guru di Kampung Jawa.

Susulan maklumat, sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau menahan remaja berkenaan di sebuah rumah di Kampung Jawa Sentosa kira-kira jam 11.10 pagi pada hari yang sama.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 7 September ini. - Getaran, 3 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved