Remaja 17 tahun tawar khidmat seks di MiChat

5 Aug 2026 • 6:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

tahanan

tahanan

KANGAR: Kegiatan seorang remaja perempuan bawah umur berusia 17 tahun mempromosikan perkhidmatan seks melalui aplikasi MiChat terbongkar menerusi siasatan dijalankan pihak polis.

Ini susulan kes seorang lelaki direman selama seminggu sehingga 11 Ogos ini bagi membantu siasatan membabitkan kes amang seksual terhadap remaja itu.

Kegiatan itu dikesan apabila remaja itu disoal siasat oleh sepasukan anggota dari Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis pada 24 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, hasil keterangan mendapati, remaja yang sudah tidak bersekolah sejak 2020 itu mengaku menggunakan aplikasi itu untuk mencari pelanggan.

“Melalui aplikasi berkenaan, mangsa mendedahkan mula mengenali seorang lelaki berusia 34 tahun sekitar awal Jun lalu.

“Mangsa yang mempromosikan dirinya di aplikasi tersebut turut mengaku baru pertama kali melakukan hubungan intim bersama lelaki itu di sebuah hotel pada 19 Julai lalu sekitar pukul 4 pagi,” katanya.

Terdahulu, perintah reman ke atas lelaki berusia 34 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd. Nor bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Yusharifuddin berkata, remaja itu juga dibawa ke Pusat Khidmat Bersepadu Sehenti (OSCC) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar pada 27 Julai lalu dan laporan perubatan turut mengesahkan wujudnya kesan koyakan secara fizikal.

“Buat masa ini, remaja itu ditempatkan di rumah perlindungan di sekitar Pulau Pinang dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) AKSTK 2017,” katanya. – UTUSAN

The post Remaja 17 tahun tawar khidmat seks di MiChat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved