Remaja 15 tahun maut motosikal bertembung kereta

1 Oct 2026 • 11:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja 15 tahun maut motosikal bertembung kereta
Mangsa, Putera Awal Darwish Mohd Zulhafiz,15, yang menunggang motosikal jenis Suzuki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

KUANTAN – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran TMG Express Balok Kampung Seberang Balok di sini pada Rabu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa, Putera Awal Darwish Mohd Zulhafiz,15, yang menunggang motosikal jenis Suzuki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati pemandu Proton Saga terbabit dari arah Beserah menghala ke Pelabuhan Kuantan, manakala mangsa datang dari arah bertentangan.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, pemandu kereta berkenaan sedang membelok ke kanan sebelum motosikal yang datang dari arah bertentangan melanggar bahagian kiri kereta terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal tercampak di atas jalan dan kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

“Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan ,” katanya pada Khamis.

Ashari berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk proses bedah siasat.

Tambah beliau, pemandu kereta terbabit telah ditahan dan diberikan jamin sejurus selesai rakaman percakapan diambil.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kita juga sedang mengesan saksi awam dan rakaman kamera papan pemuka yang ada di tempat kejadian bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved