Renjatan elektrik: Syarikat didenda RM15,000

19 Sep 2026 • 4:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Renjatan elektrik: Syarikat didenda RM15,000

KENINGAU: Sebuah syarikat kontraktor kecil didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjalankan kerja berhampiran pepasangan elektrik Sabah Electricity (SE) tanpa kebenaran menyebabkan kemalangan renjatan elektrik yang mengorbankan seorang pekerja dan mencederakan seorang lagi.

Kesalahan itu menyebabkan kemalangan renjatan elektrik yang mengorbankan seorang pekerja dan mencederakan seorang lagi.

Juara Hartawan Sdn Bhd mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Nur Ashikin Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, syarikat berkenaan menjalankan kerja-kerja pemasangan tiang lampu jalan solar berhampiran talian elektrik atas tiang milik SE tanpa mendapatkan kebenaran diperlukan sehingga menyebabkan kemalangan renjatan elektrik tersebut.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 11.40 pagi pada 21 Julai 2026 di Kampung Malinja 3, Nabawan.

Syarikat itu didakwa mengikut subseksyen 55(1) Enakmen Bekalan Elektrik 2024, yang memperuntukkan denda sehingga RM300,000, hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) Nureen Natasha Mohd Raffie.

ECoS berkata pihaknya akan terus menjalankan penguatkuasaan dan pendakwaan terhadap pihak yang melanggar undang-undang bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved