Seluruh Selangor, KL, Putrajaya dijangka ribut petir hingga 6 petang

LocalEnvironment
20 Sep 2026 • 4:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya dijangka ribut petir hingga 6 petang

SHAH ALAM, 20 SEPT: Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta beberapa negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran yang dikeluarkan pada jam 3.05 petang itu meliputi seluruh Selangor selain Kelantan dan Terengganu.

Kawasan terlibat di Perak (Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Hilir Perak dan Bagan Datuk).

Amaran sama dikeluarkan di Pahang (Jerantut, Lipis, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Kuantan) manakala di Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Tampin, Seremban dan Rembau) dan Johor (Segamat, Muar, Kluang, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi).

Image from: Seluruh Selangor, KL, Putrajaya dijangka ribut petir hingga 6 petang
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat Sri Aman, Limbang, Marudi, Miri, Sebauh, Bintulu, Bau, Kuching, Serian dan Samarahan.

Di Sabah, amaran meliputi Sipitang, Tenom, Sook, Beaufort, Ranau, Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh sejam.

Amaran berkenaan adalah bersifat jangka pendek dan sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved