Rico Rinaldi Tak Berkenan Disamakan Dengan Rizalman – “Rasa Diri Dah Di Atas, Tapi Orang Tak Peduli Pun”

EntertainmentLifestyle
4 Oct 2025 • 10:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi, meluahkan rasa kurang senang apabila dirinya dibandingkan dengan pereka tersohor tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Rico memuat naik tangkap layar komen seorang individu yang menyatakan dia melihat Rico sebagai ‘next Rizalman’.

image is not available

Walaupun membalas komen tersebut dengan ucapan ringkas demi menjaga hati individu berkenaan, Rico mengakui dia sebenarnya tidak selesa dengan perbandingan seperti itu.

Aku tak tahu dia macam mana, tapi mungkin dia rasa dah ‘di atas’, tapi hakikatnya orang tak peduli pun. Bagi aku, kalau tak ada benda baik nak cakap, lebih baik diam

Tambah Rico, dia sudah lama tidak mengikuti perkembangan Rizalman di media sosial dan memilih untuk tidak ambil peduli.

Aku dah bertahun-tahun tak ada akses ke media sosial dia & terus terang aku tak kisah pun. Cuma tolonglah, jangan pandang perbuatan orang sebelah mata. Buka hati, buka minda. Gunakan pengaruh untuk sebarkan benda baik-baik, sama ada tentang bisnes atau isu semasa.

Walaupun Rico tidak menyebut nama secara khusus, hantaran tersebut secara tidak langsung mengundang spekulasi netizen yang mengaitkannya dengan kenyataan seorang pereka fesyen tersohor baru-baru ini.

Terdahulu, nama Rizalman menjadi perhatian selepas berkongsi pandangan mengenai kepentingan wanita ditemani mahram, susulan laporan penahanan aktivis Zizi Kirana dan PU Rahmat ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-03 16:28:49

"Aurat Dia Ternampak, Tolong.." - Anak Datuk A.Aida Mohon Doa & Ruang Rehat Untuk Ibu Lepas Jalani Pembedahan Lutut