Rifdean Masdor Gagal Ujian Berat Badan, Hidrasi Menjelang ONE SAMURAI 4

16 Oct 2026 • 2:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Rifdean Masdor Gagal Ujian Berat Badan, Hidrasi Menjelang ONE SAMURAI 4

Jaguh Muay Thai negara, Rifdean Masdor gagal melepasi had berat badan dan ujian hidrasi menjelang pertarungan menentang Nadaka Yoshinari di ONE SAMURAI 4, Tokyo, Jepun, pada 17 Oktober ini.

Atlet berusia 23 tahun itu dilaporkan gagal melepasi ujian hidrasi pada percubaan pertama apabila bacaan yang direkodkan ialah 1.0303, sebelum mencatatkan 1.0288 pada percubaan kedua.

Bagaimanapun, kedua-dua bacaan itu masih melebihi had maksimum 1.0250 yang ditetapkan ONE Championship bagi melayakkan atlet melepasi ujian hidrasi.

Rifdean Masdor Gagal Lepasi Ujian Berat Badan Dan Hidarasi

Image from: Rifdean Masdor Gagal Ujian Berat Badan, Hidrasi Menjelang ONE SAMURAI 4

Susulan kegagalan itu, Rifdean tidak layak memenangi Gelaran Juara Dunia Muay Thai ONE kategori atomweight sekiranya pertarungan diteruskan.

Namun, pertarungan antara Rifdean dengan atlet kelahiran Jepun itu masih boleh berlangsung tanpa perebutan gelaran, tertakluk pada persetujuan kedua-dua pihak dan pematuhan syarat yang ditetapkan.

Menurut ONE Championship, Rifdean perlu mengemukakan sampel yang memenuhi syarat hidrasi terlebih dahulu sebelum rundingan bagi pertarungan pada berat tangkapan (catchweight) boleh dilakukan.

Sekiranya pertarungan diteruskan pada berat tersebut, Rifdean tetap tidak layak memenangi gelaran dunia berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved