Rifdean Mohon Doa Rakyat Malaysia, Janji Buat Yang Terbaik Lawan Nadaka

16 Oct 2026 • 11:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Rifdean Mohon Doa Rakyat Malaysia, Janji Buat Yang Terbaik Lawan Nadaka

Jaguh Muay Thai negara, Rifdean Masdor tampil dengan mesej positif buat peminatnya menjelang pertarungan menentang juara dunia, Nadaka Yoshinari, di ONE SAMURAI 4, Tokyo, Jepun, esok.

Menerusi video yang dikongsikan ONE Championship, Rifdean meminta orang ramai, khususnya peminat dari Malaysia supaya bertenang dan tidak terlalu bimbang dengan situasi yang sedang dihadapinya menjelang pertarungan tersebut.

"Korang bertenang dan santai, Dean masih berlawan.

"Tadi ada kekecohan sedikit, salah sendirilah kot," ujarnya lagi dalam video berkenaan.

Meskipun berdepan dengan situasi yang menjejaskan peluangnya untuk merebut gelaran dunia, jaguh berusia 23 tahun itu tetap menunjukkan semangat positif.

"Alhamdulillah ujian hidrasi lepas, cuma berat lebih sikit. Tapi tak apa, korang semua tengok Dean berlawan dengan Nadaka.

"Insha Allah Dean akan buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia, korang bagi sokongan dan doa. Apa pun saya sayang korang semua," ujarnya.

Akui sedih namun tetap mahu berlawan

Sebelum ini, menerusi Instagram Story miliknya, Rifdean sempat berkongsi kebimbangannya mengenai ujian hidrasi yang perlu dilepasi bagi membolehkannya untuk meneruskan pertarungan.

Image from: Rifdean Mohon Doa Rakyat Malaysia, Janji Buat Yang Terbaik Lawan Nadaka
Kredit: Instagram Story Rifdean Masdor

Rifdean juga tidak menyembunyikan rasa sedih apabila berdepan kemungkinan tidak dapat merebut tali pinggang kejuaraan.

"Mungkin belum rezeki Dean, tapi Dean sedih," katanya.

Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa keutamaannya ketika itu adalah untuk tetap beraksi menentang jaguh kelahiran Jepun berkenaan.

Baca juga:

Ujian hidrasi

Terdahulu, Rifdean dilaporkan gagal melepasi ujian hidrasi dalam dua percubaan apabila mencatatkan bacaan 1.0303 pada percubaan pertama dan 1.0288 pada percubaan kedua.

Kedua-dua bacaan itu melebihi had maksimum 1.0250 yang ditetapkan ONE Championship.

Bagaimanapun, menerusi perkembangan terbaharu, Rifdean akhirnya berjaya melepasi ujian hidrasi dalam pemeriksaan terakhir yang dijalankan.

ONE Championship menerusi kenyataan rasmi pada Jumaat mengesahkan pertarungan antara Rifdean Masdor dan Nadaka Yoshinari akan tetap diteruskan selama lima pusingan.

Bagaimanapun, Rifdean tidak layak memenangi gelaran dunia susulan kegagalannya mencapai had berat badan yang ditetapkan.

Peminat pastinya menantikan aksi Rifdean dalam usaha membuktikan kemampuannya menentang juara dunia berkenaan, meskipun peluang membawa pulang tali pinggang kejuaraan telah terlepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved