Rifdean Tetap Semangat Nak Lawan Nadaka, "Tak Dapat Belt Tak Apa, Janji Lawan"

16 Oct 2026 • 7:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Rifdean Tetap Semangat Nak Lawan Nadaka, "Tak Dapat Belt Tak Apa, Janji Lawan"

Jaguh Muay Thai negara, Rifdean Masdor tetap berhasrat untuk meneruskan pertarungan menentang juara dunia, Nadaka Yoshinari, meskipun gagal melepasi ujian hidrasi menjelang ONE SAMURAI 4 di Tokyo, Jepun.

Menerusi video di Instagram Story miliknya, Rifdean menjelaskan bahawa keutamaannya bukan semata-mata untuk membawa pulang tali pinggang kejuaraan, sebaliknya mahu mendapatkan peluang bertarung dengan atlet kelahiran Jepun itu.

"Alhamdulillah berat saya lepas geng cuma hydration je saya tak lepas tapi apa-apa pun bukan soal belt tu geng. Ini soal orang cakap aku memang nak fight dengan juara.

"Kalau aku tak dapat bawa belt tu pun tak apa janji aku dapat lawan. Anggap je belt tu wayang," katanya.

Baca juga:

Rifdean turut memaklumkan bahawa dia kini bersendirian di Jepun, namun bersyukur kerana menerima bantuan daripada pasukan lain.

"Dengan cuaca sini sejuk, lone ranger. Kumpulan lain ada tolong aku, Alhamdulillah.

"Korang sentiasa doakan Dean. Bukan soal belt kita cari. Kalah menang belakang kira janji aku nak lawan juga dengan dia, aku nak cuba," ujarnya lagi.

Image from: Rifdean Tetap Semangat Nak Lawan Nadaka, "Tak Dapat Belt Tak Apa, Janji Lawan"

Atlet berusia 23 tahun itu dilaporkan gagal melepasi ujian hidrasi pada percubaan pertama apabila bacaan yang direkodkan ialah 1.0303, sebelum mencatatkan 1.0288 pada percubaan kedua.

Bagaimanapun, kedua-dua bacaan itu masih melebihi had maksimum 1.0250 yang ditetapkan ONE Championship bagi melayakkan atlet melepasi ujian hidrasi.

Susulan kegagalan itu, Rifdean tidak layak memenangi Gelaran Juara Dunia Muay Thai ONE kategori atomweight sekiranya pertarungan diteruskan.

Namun, pertarungan antara Rifdean dengan atlet kelahiran Jepun itu masih boleh berlangsung tanpa perebutan gelaran, tertakluk pada persetujuan kedua-dua pihak dan pematuhan syarat yang ditetapkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved