Ringgit mengukuh 0.9% berbanding dolar AS hingga akhir Ogos

LocalBusiness & Finance
10 Oct 2026 • 7:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ringgit mengukuh 0.9% berbanding dolar AS hingga akhir Ogos

RINGGIT meningkat sebanyak 0.9 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dari awal tahun hingga akhir Ogos 2026, menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2027.

Menurut laporan, mata wang negara turut mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau termasuk euro sebanyak 1.7 peratus, yen Jepun (3.0 peratus), peso Filipina (6.7 peratus), rupiah Indonesia (6.6 peratus) dan baht Thailand (5.1 peratus).

Katanya, ringgit mengukuh pada awal 2026 dengan peningkatan sebanyak 4.3 peratus berbanding dolar AS dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

“Momentum positif tersebut kemudiannya beralih arah susulan konflik Asia Barat yang semakin meruncing pada akhir Februari 2026 dengan ringgit menyusut sebanyak 3.3 peratus berbanding dolar AS sehingga akhir Ogos 2026.

“Meskipun berdepan cabaran luaran, kedudukan ekonomi Malaysia yang kukuh serta pelaksanaan pembaharuan struktural berterusan telah mengekalkan keyakinan pasaran sekali gus memberikan sokongan asas kepada ringgit,” katanya.

Menurutnya, Bank Negara Malaysia (BNM) terus memperkukuh pasaran pertukaran asing domestik melalui libat urus dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat korporat swasta bagi mendorong penghantaran balik dan penukaran pendapatan daripada keuntungan mata wang asing pada masa bersesuaian.

Dalam pada itu, laporan berkata, inisiatif untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan secara lebih meluas dengan rakan dagang utama seperti China, Indonesia dan Thailand semakin diterima dalam pasaran.

“Inisiatif ini membantu mengurangkan kebergantungan kepada penukaran mata wang ketiga, mengurangkan kos transaksi dan lindung nilai serta mempelbagaikan sumber kecairan pertukaran asing dalam pasaran domestik,” jelasnya. – UTUSAN

The post Ringgit mengukuh 0.9% berbanding dolar AS hingga akhir Ogos appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved