Ringgit semakin kukuh? Dakwaan premis di Vietnam terima RM tarik perhatian ramai

LocalBusiness & Finance
29 May 2026 • 2:46 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Ringgit semakin kukuh? Dakwaan premis di Vietnam terima RM tarik perhatian ramai

KUALA LUMPUR – Satu perkongsian tular di TikTok menarik perhatian ramai apabila seorang pengguna memaparkan suasana di Vietnam yang didakwa menunjukkan beberapa premis menerima pembayaran menggunakan Ringgit Malaysia (RM).

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @boblet21, dia berkongsi suasana di Ho Chi Minh City yang didakwa menunjukkan terdapat premis menerima pembayaran menggunakan Ringgit Malaysia.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ada yang mengaitkannya dengan prestasi Ringgit yang semakin kukuh.

“Cause Ringgit is strong,” tulis seorang pengguna, manakala seorang lagi berpendapat Ringgit kini berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding beberapa mata wang negara ASEAN lain.

Netizen kongsi pengalaman guna Ringgit di Vietnam

Dalam pada itu, ada juga netizen yang ingin mengetahui lokasi sebenar kawasan yang dipaparkan dalam video tersebut. Menjawab pertanyaan itu, beberapa pengguna memaklumkan lokasi berkenaan ialah Malaysia Street yang terletak tidak jauh dari Pasar Ben Thanh di Ho Chi Minh City.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai pengalaman daripada individu yang pernah melancong ke Vietnam. Seorang netizen mendakwa terdapat peniaga yang menerima pembayaran menggunakan Ringgit selain mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

“Last year pergi shopping sakan. Ada shop bayar pakai RM je. Ada seller sana boleh cakap BM dan kebanyakannya faham bahasa Inggeris. Memang senang,” katanya.

Bagaimanapun, penerimaan Ringgit oleh sesetengah premis di kawasan pelancongan lazimnya dilakukan bagi memudahkan urusan pelancong Malaysia yang berkunjung ke negara itu, selain bergantung kepada kadar pertukaran yang ditetapkan peniaga.

Untuk rekod, Ringgit dilaporkan antara mata wang berprestasi terbaik di Asia sepanjang 2026 setakat ini, dengan beberapa penganalisis mengaitkannya dengan faktor seperti aliran masuk pelaburan asing, prestasi eksport negara serta kekuatan sektor minyak dan gas Malaysia. – The Malaysian Update

The post Ringgit semakin kukuh? Dakwaan premis di Vietnam terima RM tarik perhatian ramai appeared first on The Malaysian Update.