RM14.8 Juta Dicurah Ke Melaka! Jabatan Penjara Terima Bahagian Terbesar, Ini Pecahannya

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 2:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Ana SR 16

Sebanyak RM14.8 juta diperuntukkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi melaksanakan 10 projek pembangunan di Melaka sepanjang tahun 2026, melibatkan empat agensi keselamatan dan penguatkuasaan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, menerusi peruntukan tersebut, Jabatan Penjara Malaysia menerima jumlah terbesar iaitu RM11.84 juta, diikuti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak RM1.78 juta.

Manakala, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerima RM1.08 juta dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) pula diperuntukkan sebanyak RM100,000.

“Peruntukan ini merangkumi pembangunan kemudahan kepolisan, institusi pemulihan, kuarters anggota serta infrastruktur AADK dan PUSPEN.”

Beliau berkata balai polis dan kemudahan operasi yang lebih baik membantu memperkukuh keupayaan PDRM menjaga keselamatan komuniti. 

Jelasnya,infrastruktur institusi pemulihan yang lebih lengkap menyokong usaha membimbing prospek kembali menjalani kehidupan yang produktif. 

“Penyediaan kuarters pula memberikan perhatian kepada keselesaan anggota dan keluarga mereka, sekali gus menyokong kestabilan serta keberkesanan penugasan.”

10 Projek Pembangunan Melibatkan Kemudahan Keselamatan Dan Kebajikan Anggota

Untuk makluman korang, peruntukan RM14.8 juta itu akan digunakan bagi pelbagai projek pembangunan termasuk menaik taraf kemudahan kepolisan, institusi pemulihan, kuarters anggota serta infrastruktur AADK dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

Antara tumpuan utama peruntukan ini adalah untuk memperkukuh kemudahan operasi agensi keselamatan, selain menyediakan infrastruktur yang lebih baik bagi menyokong tugas anggota di lapangan.

Pembangunan kemudahan institusi pemulihan pula dijangka membantu menyokong pelaksanaan program pemulihan, manakala penyediaan kuarters memberi perhatian kepada kemudahan tempat tinggal anggota yang bertugas.

Jabatan Penjara Terima Peruntukan Paling Besar

Beliau berkata, berdasarkan peruntukan sebanyak RM14.8 juta yang disediakan, Jabatan Penjara Malaysia menerima kira-kira 80 peratus daripada jumlah peruntukan, menjadikannya agensi penerima terbesar bagi projek pembangunan KDN di Melaka tahun ini.

Peruntukan tersebut menunjukkan tumpuan turut diberikan kepada pembangunan infrastruktur institusi penjara dan kemudahan berkaitan bagi menyokong kelancaran operasi agensi berkenaan.

Secara keseluruhannya, 10 projek pembangunan ini melibatkan empat agensi di bawah KDN dengan tumpuan kepada penambahbaikan kemudahan keselamatan, pemulihan dan kebajikan anggota di Melaka.

“Kerana pada akhirnya, komitmen sesebuah pentadbiran perlu dinilai melalui tindakan dan hasil yang dapat dirasai oleh rakyat. Keselamatan diperkukuh, kebajikan diperkasa  demi Melaka yang lebih selamat, sejahtera dan terus membangun.”

Sumber: Facebook Saifuddin Nasution

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved