RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak! Anthony Loke sahkan Zetrix belum buat bayaran

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2026 • 6:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Syarikat Zetrix AI Bhd di bawah Kumpulan MyEG masih belum menjelaskan tunggakan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta meskipun perkhidmatannya sebagai ejen kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah digantung sejak 5 Oktober lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan tiada sebarang pembayaran diterima setakat ini, namun memberi jaminan penggantungan syarikat berkenaan tidak menjejaskan urusan orang ramai.

“Dari segi pembayaran, mereka masih belum (membuat bayaran) lagi.
“Urusan kutipan saman atau perkhidmatan lain itu masih dijalankan oleh MyJPJ dan bukan tiada pilihan lain,” katanya.

May be an image of one or more people, crowd and text

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Projek Pengindahan Stesen LRT Masjid Jamek, hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata, pembayaran saman serta pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu masih berjalan lancar menerusi saluran sedia ada, termasuk aplikasi MyJPJ.

“Kita juga tidak menghadapi masalah atau gangguan sepanjang tempoh dua minggu ini.
“Urusan pembayaran dan pembaharuan berkaitan cukai jalan serta lesen memandu masih boleh diakses orang ramai seperti biasa,” jelasnya.

May be an image of one or more people and street

Terdahulu, akhbar Singapura, The Straits Times melaporkan Zetrix didakwa gagal menyerahkan kutipan hasil JPJ sejak kontrak tiga tahunnya bermula pada Mei 2023.

Susulan laporan itu, JPJ menggantung perkhidmatan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd sebagai ejen kutipan berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 5 Oktober lalu.

Zetrix kemudiannya memaklumkan telah mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan bagi menangani tunggakan berkenaan.

Image from: RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak! Anthony Loke sahkan Zetrix belum buat bayaran

Dalam perkembangan lain, Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) terus menggalakkan pembangunan aplikasi tempatan melalui dasar data terbuka yang membolehkan pembangun mengakses maklumat pengangkutan awam.

Menurutnya, data seperti jumlah penumpang harian, kekerapan tren dan jadual perjalanan yang disediakan Prasarana boleh dimanfaatkan bagi menghasilkan aplikasi yang memudahkan pengguna pengangkutan awam.

Sumber: NST

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved