RM49 bilion setahun kepada syarikat bumiputera

LocalBusiness & Finance
7 Aug 2026 • 5:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RM49 bilion setahun kepada syarikat bumiputera

PUTRAJAYA: Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) terus memperkukuh agenda pemerkasaan bumiputera apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Petronas merekodkan perolehan barangan serta perkhidmatan bernilai kira-kira RM49 bilion setahun daripada syarikat bumiputera.

Angka itu direkodkan bagi tempoh 2022 hingga 2025 seperti yang dinyatakan dalam Laporan Kemajuan GEAR-uP 2026 yang dilancarkan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pemerkasaan bumiputera kekal menjadi antara keutamaan dalam pelaksanaan program berkenaan.

Beliau berkata, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) turut melabur sebanyak RM1.3 bilion secara langsung ke dalam syarikat bumiputera bagi membantu mereka mengembangkan operasi dan meningkatkan daya saing.

“Kejayaan itu perlu dilihat daripada manfaat yang diterima rakyat dan perniagaan tempatan.

“Usaha membangunkan syarikat bumiputera dan memperkukuh rantaian bekalan tempatan merupakan antara fokus utama kerajaan,” katanya pada Taklimat Kemajua GEAR-up 2026 di sini hari ini.

Katanya, GEAR-uP bukan sekadar inisiatif pelaburan, sebaliknya platform untuk memperluaskan peluang ekonomi kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Pada masa sama, GLIC dan GLC melabur RM641 juta dalam program komuniti sepanjang tahun lalu, meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya. – UTUSAN

The post RM49 bilion setahun kepada syarikat bumiputera appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved