RM5.88 bilion baki pinjaman FELDA masih dijamin kerajaan – MOF

LocalBusiness & Finance
8 Oct 2026 • 11:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jumlah pinjaman FELDA yang masih dijamin kerajaan berjumlah RM5.88 bilion setakat 30 September 2026, selepas mengambil kira bayaran prinsipal sebanyak RM3.04 bilion, menurut Kementerian Kewangan (MOF), lapor Bernama.

MOF memaklumkan kerajaan telah meluluskan jaminan berjumlah RM9.9 bilion kepada FELDA untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tempatan dan pasaran modal bagi membiayai projek, pelaburan serta Pelan Pemulihan FELDA.

“Daripada kelulusan jaminan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM9.9 bilion, FELDA telah membuat pembiayaan yang dijamin Kerajaan Persekutuan sebanyak RM8.92 bilion, manakala baki sukuk berjaminan kerajaan yang masih belum diterbitkan adalah sebanyak RM980 juta,” menurut kementerian itu.
Image from: RM5.88 bilion baki pinjaman FELDA masih dijamin kerajaan – MOF

Foto arkib: Reuters

MOF menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai ketirisan dana awam dan status pemulihan aset negara berkaitan skandal kewangan.

Menurut MOF, kerajaan turut bersetuju menyediakan geran tahunan sebanyak RM990 juta untuk tempoh 10 tahun bagi pembayaran prinsipal tahunan sukuk tersebut.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved