
SEBERANG PERAI – Sebanyak RM760 juta pembiayaan telah disalurkan kepada kira-kira 6,000 usahawan di Pulau Pinang dalam tempoh lapan bulan tahun ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM10 bilion pembiayaan yang telah disalurkan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara setakat ini.
Katanya, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyasarkan penyaluran RM15 bilion pembiayaan kepada PMKS bagi tahun ini.
“Tahun ini, kita akan salurkan RM15 bilion dan setakat sekarang, sebanyak RM10 bilion disalurkan di seluruh negara.
“Untuk Pulau Pinang, 760 juta telah berjaya disalurkan dalam masa lapan bulan sahaja kepada lebih kurang 6,000 orang usahawan dalam negeri kita ini,” katanya pada sidang media sempena program Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia anjuran Kuskop di Stadium Batu Kawan, di sini, hari ini.
Steven berkata, peruntukan pembiayaan kepada PMKS bagi tahun ini turut ditingkatkan daripada RM50 bilion kepada RM60 bilion. – KOSMO! ONLINE
The post RM760 juta pembiayaan disalur kepada 6,000 usahawan Pulau Pinang appeared first on Kosmo Online.





