‘Ropie rebah, pengsan akibat strok haba’

Health & Fitness
29 Aug 2026 • 12:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Ropie rebah, pengsan akibat strok haba’

PETALING JAYA – Pelawak Ropie dilaporkan rebah secara tiba-tiba akibat strok haba ketika menjalani penggambaran sebuah program masakan sebagai artis undangan di Shah Alam semalam.

Perkara tersebut dikongsi pelakon Zalif Sidek yang memaklumkan insiden itu berpunca daripada cuaca panas dan jerebu ketika ini.

“Sesuatu yang tak disangka. Ketika menjalani penggambaran di luar, tiba-tiba sahabat kita, Ropie jatuh dan pengsan.

“Dipercayai akibat strok haba dan cuaca jerebu sekarang.

“Dalam sekelip mata, suasana penggambaran yang tenang bertukar menjadi cemas. Kita hanya mampu berdoa agar Ropie diberi kesihatan dan dipermudah segala urusan,” katanya.

Tambah Zalif, rawatan kecemasan diberikan kepada Ropie oleh petugas kesihatan yang berada di set penggambaran tersebut.

“Isteri dia beritahu Ropie sudah okey dan boleh makan.

“Selepas itu dia dibawa pulang dan perlu rehat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia sempat berpesan agar setiap individu termasuk anak seni sentiasa peka dengan kesihatan sendiri dan tidak perlu bekerja sekiranya kesihatan tidak mengizinkan.

“Kadang-kadang bila terlalu fokus pada kerja sehingga terlupa keadaan tubuh sendiri. Cuaca panas bukan perkara kecil.

“Jaga diri, cukupkan air dan jangan paksa badan bila sudah mula rasa tidak sihat.

Semoga abang Ropies sentiasa Dilindungi Allah, diberikan kesembuhan dan dipermudah semuanya, amin,” ujarnya

Dalam perkongsian sama, Zalif turut memuat naik foto memaparkan situasi ketika bekas ahli kumpulan Cecupak itu diserang strok haba. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Ropie rebah, pengsan akibat strok haba’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved