Jerebu: Perak ambil tindakan sewajarnya jika IPU meningkat

LocalEnvironment
24 Aug 2026 • 4:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Perak ambil tindakan sewajarnya jika IPU meningkat

KUALA KANGSAR – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akibat jerebu di Perak meningkat sehingga mencapai tahap tidak sihat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini keadaan jerebu di negeri ini masih belum mencapai tahap yang memerlukan pelaksanaan tindakan khas seperti pembenihan awan.

Malah katanya, bacaan IPU di Perak juga masih belum mencapai paras sangat tidak sihat yang memerlukan tindakan segera termasuk penutupan sekolah.

“Setakat ini di Perak belum sampai keperluan untuk kita buat pembenihan awan.

“Jerebu ada dan ada kesannya, tetapi saya fikir belum sampai kepada IPU 200 (sangat tidak sihat),” katanya ketika ditemui pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-6 2026, di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Menurut Saarani, kerajaan negeri akan mengikut peraturan dan prosedur sedia ada sekiranya bacaan IPU terus meningkat.

“Peraturan sudah ada. Kalau IPU 200, sekolah kena tutup. Sekarang ini belum. Kita akan ambil tindakan sewajarnya bila sampai masanya,” katanya.

Tambah beliau, walaupun situasi semasa masih terkawal, kerajaan negeri menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terutama ketika cuaca panas dan keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan.

Katanya, golongan berisiko seperti kanak-kanak sekolah dan warga emas disaran mengurangkan aktiviti di luar serta memakai pelitup muka sekiranya perlu.

“Nasihat kita jangan terlalu terdedah kepada cuaca luar, terutama murid sekolah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: Perak ambil tindakan sewajarnya jika IPU meningkat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved