Rosmah Mansor Tidak Tahu Tentang Rancangan Bayar Denda RM50 Juta Najib – “Saya Tak Dimaklumkan Tentang Itu”

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 11:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Datin Seri Rosmah Mansor mengakui tidak mengetahui sebarang perancangan untuk menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap suaminya, Datuk Seri Najib Razak, bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Kutipan tabung solidariti Najib

Menurut Rosmah, beliau tidak menerima sebarang makluman mengenai perkembangan pembayaran denda tersebut.

Advertisement

Saya tidak tahu. Kamu (media) semua lebih tahu. Keluarga pun tidak tahu dan saya sendiri tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Rosmah Mansor di mahkamah

Rosmah berkata sedemikian ketika ditemui selepas menghadiri prosiding permohonannya untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes rasuah projek solar hibrid yang dihadapinya, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini.

“Mereka (media) selalu lebih tahu, tetapi selepas itu mereka tarik balik laporan berkenaan. Rupanya tak betul,” katanya secara berseloroh.

Tabung solidariti Najib belum cukup

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menafikan ura-ura yang mengatakan Najib Razak akan membayar denda RM50 juta pada 4 November lalu.

Najib Razak di mahkamah

Menurut Asyraf Wajdi, kutipan dana menerusi Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan UMNO sejak 18 September lalu masih belum mencapai jumlah yang disasarkan.

Masih belum cukup lagi. Jadi tak betul (khabar angin) itu.

Asyraf Wajdi nafi Najib bayar denda Rm50 juta2026-11-04 14:36:14

“Tabung Masih Belum Cukup Lagi” - Asyraf Wajdi Nafi Najib Razak Bakal Bayar Denda RM50 Juta Hari Ini

The post Rosmah Mansor Tidak Tahu Tentang Rancangan Bayar Denda RM50 Juta Najib – “Saya Tak Dimaklumkan Tentang Itu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved