Rumah Nampak Bersih. Tapi Udaranya Belum Tentu Bersih.
Kita selalu fikir pencemaran udara berada di luar rumah.
Jerebu.
Asap kereta.
Kilang.
Tetapi udara di dalam rumah juga boleh tercemar.
Antara sumbernya:
Asap rokok.
Aerosol vape.
Asap dan partikel daripada memasak.
Kulat di kawasan lembap.
Habuk.
Sesetengah produk pembersihan.
Dan pencemaran dari luar yang masuk ke dalam rumah.
Sebab itu rumah tertutup tidak semestinya bermaksud udara lebih selamat.
Apa yang boleh dibuat?
Gunakan exhaust fan atau range hood ketika memasak jika ada.
Baiki kebocoran dan kawasan yang sentiasa lembap.
Jangan biarkan kulat terus membiak.
Pastikan pengudaraan sesuai apabila kualiti udara luar baik.
Dan paling penting:
Jangan merokok atau vape di dalam rumah.
Buka tingkap tidak menjadikan asap rokok selamat.
Air purifier pun bukan lesen untuk merokok dalam rumah.
Rumah sepatutnya menjadi tempat kita berlindung daripada pencemaran.
Bukan tempat kita menciptanya.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.




