Rumah Bunohan jadi stor simpan beras seludup

13 Nov 2026 • 6:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rumah Bunohan jadi stor simpan beras seludup

KOTA BHARU – Sebuah rumah di Kampung Bunohan, Tumpat, dipercayai dijadikan pusat pengumpulan beras yang disyaki diseludup dari Thailand sebelum dipasarkan sekitar Kota Bharu sejak tahun lepas.

Kegiatan itu terbongkar selepas sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu rumah berkenaan dalam Op Taring Wawasan Kelantan semalam, sebelum merampas 1.9 tan beras pelbagai jenama bernilai RM8,000.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan di rumah itu menemukan lapan jenis beras yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand melalui pangkalan haram Pohon Tar, Tumpat menggunakan kereta.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 22 tahun yang merupakan penghuni rumah berkenaan turut ditahan dalam operasi itu.

“Hasil siasatan lelaki itu memaklumkan dia terlibat dalam aktiviti membeli beras seludup sejak 2025 dan menjual serta menerima tempahan untuk dipasarkan sekitar Kota Bharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rampasan berkenaan diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994. – BERNAMA

The post Rumah Bunohan jadi stor simpan beras seludup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved