Rumah terbakar: Tiga kanak-kanak rentung disahkan dua beradik, sepupu

LocalFamily & Parenting
30 Aug 2026 • 10:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rumah terbakar: Tiga kanak-kanak rentung disahkan dua beradik, sepupu
Pasukan bomba menjalankan operasi dalam memadam kebakaran di tiga kampung merangkumi Kampung Numbak, Kota Kinabalu. Foto bomba

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan tiga mangsa kanak-kanak yang rentung merupakan dua beradik dan sepupu.

Pengarah Mohd Pisar Aziz berkata, kebakaran melibatkan 202 rumah setinggan atas air di Kampung Lok Buta, di sini, pada Ahad, telah dikenal pasti identitinya.

"Mangsa Mohd Asrul Abdullah, 6 dan Nana, 4, adalah adik beradik dan Nurfarahdilah Mohd Tajihah, 8, adalah sepupu kepada kedua-dua beradik tersebut," katanya dalam kenyataan.

Setakat ini, jumlah sebenar rumah yang terlibat masih dalam proses pengesahan.

"Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, 202 rumah musnah dan tiga dilaporkan hilang.

Dua mangsa kanak-kanak telah ditemui sebelum seorang lagi turut ditemukan oleh pasukan bomba yang melakukan pencarian.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved