Yang mengenali Tun Dr Hasmah dari jauh pun terasa begitu sedih, apatah lagi ahli keluarga – Bella Astillah

1 Oct 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Yang mengenali Tun Dr Hasmah dari jauh pun terasa begitu sedih, apatah lagi ahli keluarga – Bella Astillah

PETALING JAYA: Masih terasa kehilangan, pelakon, Bella Astillah tampil mengenang segala memori manis bersama isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah.

Menurut Bella, pemergian tokoh negara itu bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ahli keluarganya, malah turut berbekas dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia meskipun hanya mengenali beliau dari jauh.

“Seluruh Malaysia terasa kehilangan. Kalau kita yang mengenali dari jauh pun terasa begitu sedih, apatah lagi ahli keluarga yang sedang melalui kehilangan ini.

“Allah, semoga diberikan kekuatan. Salam takziah buat seluruh keluarga,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, bakal isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq itu memuat naik potongan video momen mesra dirinya menyantuni Allahyarhamah di kediaman beliau.

Lebih manis lagi, Bella turut memaparkan momen ketika dirinya menyanyi sambil diiringi gesekan biola dari Allahyarhamah sendiri.

Isnin lalu, Malaysia telah dikejutkan dengan khabar pemergian Tun Dr Hasmah pada usianya 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN).

Khabar duka itu disahkan sendiri oleh anak beliau, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Pemergian isteri tercinta Tun Dr Mahathir itu telah meninggalkan kesan mendalam terhadap seluruh rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved