RUU Warga Emas: Oktober ini atau tahun depan – Nancy

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 2:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RUU Warga Emas: Oktober ini atau tahun depan – Nancy

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan sekiranya tidak sempat dibentangkan pada persidangan Oktober ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya menyasarkan RUU berkenaan dibentangkan tahun ini, namun proses itu berdepan kelewatan.

Katanya, ia berikutan beberapa perkara baharu yang mahu dimasukkan hasil sesi libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan dan kerajaan negeri.

“Memang garis masa kita adalah tahun ini. Tetapi kami diberitahu disebabkan perkara baharu, apabila kita adakan libat urus itu, banyak perkara baharu yang akan dimasukkan.

“Dan kita pun setuju supaya ia dimasukkan sebagai pindaan terhadap kerajaan kita. Jadi, sebab kita ada libat urus dengan NGO dan negeri-negeri juga, ia boleh melambatkan proses kita,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan 80 tahun Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini, hari ini.

Menurut beliau, draf RUU berkenaan bagaimanapun sudah disediakan dan kementerian kini hanya perlu melalui proses seterusnya termasuk mendapatkan penelitian daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Sebenarnya kami mahu, tetapi memang sudah ada drafnya. Cuma ia tidak sempat untuk dibentang pada Oktober. Dari segi persediaan, kita sudah selesai. Kita hanya perlu menuju ke AGC,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih berharap RUU berkenaan dapat dibentangkan tahun ini sekiranya terdapat perkembangan yang membolehkan proses itu dipercepatkan. – KOSMO! ONLINE

The post RUU Warga Emas: Oktober ini atau tahun depan – Nancy appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved