Sabah, China perkukuh kerjasama agro makanan

19 Sep 2026 • 1:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Sabah, China perkukuh kerjasama agro makanan

Kota Kinabalu: Sabah dan Republik Rakyat China berhasrat memperkukuh kerjasama dalam bidang pertanian, perikanan, akuakultur, perdagangan, pelaburan dan pembangunan agro makanan.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar, berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr Zhu Xinglong, ke Wisma Pertanian Sabah, di sini, Jumaat.

Beliau berkata kunjungan itu bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama sedia ada antara Sabah dan China, khususnya dalam sektor agro makanan.

“Antara perkara yang dibincangkan ialah peluang memperluas akses pasaran bagi produk pertanian, hasil perikanan dan produk makanan diproses Sabah di pasaran China.

“Perbincangan turut meliputi potensi kerjasama dalam memodenkan sektor pertanian, perikanan dan akuakultur Sabah melalui pemindahan teknologi, perkongsian kepakaran serta penerapan amalan terbaik dalam industri agro makanan.

“Peluang menarik pelaburan strategik dan memperkukuh kerjasama ekonomi turut dibincangkan bagi menyumbang kepada pembangunan sektor agro makanan, merangsang pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan peluang baharu, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Jamawi turut menegaskan bahawa Kerajaan Sabah menghormati Dasar Satu China, selaras dengan pendirian rasmi Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata pendirian itu mencerminkan komitmen Sabah untuk mengekalkan hubungan baik dan saling menghormati dengan Republik Rakyat China, khususnya dalam memperkukuh kerjasama dalam bidang pertanian, perikanan, perdagangan, pelaburan, teknologi dan pembangunan agro makanan.

Pada masa sama, Jamawi berkata kerjasama antara Sabah dan rakan-rakannya dari China akan terus dilaksanakan berdasarkan kepentingan bersama, prinsip saling menghormati serta rangka kerja dan dasar yang ditetapkan Kerajaan Malaysia.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian berkenaan Datuk Ts Jifrin Mohamad; Timbalan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Xue Xiaoning; Naib Presiden dan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (Cawangan Sabah), Louis K. F. Su dan Dr Tan Kai Lee; serta Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah, Yee Tsai Yiew, bersama pegawai kanan kementerian dan delegasi Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved