Sabah kekal pengeluar MSM kedua terbesar negara, sumbang hampir 24% pengeluaran - Noraini

LocalBusiness & Finance
28 Sep 2026 • 9:16 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sabah kekal pengeluar MSM kedua terbesar negara, sumbang hampir 24% pengeluaran - Noraini Image from: Sabah kekal pengeluar MSM kedua terbesar negara, sumbang hampir 24% pengeluaran - Noraini johardy28/09/2026 - 09:16 Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad merasmikan Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit (PKPKS) 2026 di Kota Kinabalu pada Khamis. - Gambar KPK

KOTA KINABALU 28 Sept - Sabah kekal sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) kedua terbesar negara pada tahun lalu dengan menyumbang hampir 24% daripada keseluruhan pengeluaran di Malaysia.

 

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, kedudukan itu mencerminkan kepentingan Sabah dalam industri sawit negara, selain menjadi sumber pendapatan utama kepada ribuan pekebun kecil di negeri berkenaan.

 

Beliau berkata, pekebun kecil memainkan peranan penting dalam rantaian industri sawit negara dengan golongan itu mengusahakan lebih 15% daripada keseluruhan keluasan tanaman sawit di Malaysia.

 

Bagaimanapun, golongan berkenaan terus berdepan pelbagai cabaran termasuk pokok sawit yang telah tua, kos operasi, kekurangan tenaga kerja, perubahan iklim dan tuntutan pasaran yang semakin kompleks.

 

“Kerajaan memahami bahawa kehidupan pekebun kecil tidak sentiasa mudah. Mereka berhadapan dengan pokok tua, kos operasi yang tinggi, kekurangan tenaga kerja, perubahan iklim dan tuntutan pasaran yang semakin kompleks.

 

“Atas sebab itu, bantuan penanaman semula, latihan, penggunaan teknologi, pendigitalan dan akses pasaran terus diperkukuh,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit (PKPKS) 2026 di Kota Kinabalu pada Khamis.


 

noraini ahmad

 

KPK

 


Bantuan pekebun kecil terus diperkukuh

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar.

 

Noraini berkata, bantuan penanaman semula, latihan, penggunaan teknologi, pendigitalan serta akses pasaran terus diperkukuh menerusi Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 bagi meningkatkan kemampanan, produktiviti dan nilai hasil sawit.

 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, hampir 30,384 pekebun kecil di Sabah telah memperoleh Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), melibatkan kawasan tanaman melebihi 188,000 hektar.

 

Jumlah itu mewakili 97.17% daripada keseluruhan keluasan tanaman sawit milik pekebun kecil persendirian di Sabah.

 

Persidangan PKPKS yang diadakan secara dwitahunan itu antara lain menjadi platform perkongsian teknologi dan kemudahan yang ditawarkan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), selain memberi peluang kepada pekebun kecil menimba pengalaman daripada pemain industri. — BERNAMA

 

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved