Sebuah hantaran yang menyentuh mengenai seorang bapa dan kerinduannya terhadap anak-anak mencuri perhatian di media sosial.
Hantaran yang dikongsikan oleh pempengaruh Mira View Chin itu menggambarkan seorang bapa yang didakwa berdepan kerinduan mendalam terhadap anak-anaknya, selain melalui pelbagai cabaran yang tidak diketahui umum.
Advertisement


Menurut perkongsian tersebut, orang ramai mungkin hanya melihat apa yang berlaku di media sosial, namun tidak semestinya mengetahui keseluruhan keadaan yang dilalui oleh individu terbabit.
“Ramai yang nampak apa yang berlaku, tapi tak ramai yang tahu apa yang sebenarnya dia lalui selama ini,” tulis Mira.
Hantaran itu turut menggambarkan seorang bapa iaitu View Chin yang dikatakan menanggung rindu terhadap anak-anak setiap malam, termasuk persoalan sama ada mereka sihat, bahagia dan masih mengingatinya.
Konflik View Chin Dengan Bekas Isteri, Sharmine
Sebelum ini, bekas isteri View Chin memaklumkan dia telah mendapat pengadilan sewajarnya daripada mahkamah berhubung soal penjagaan anak mereka.
View this post on Instagram
Difahamkan, View Chin tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka termasuklah dari soal pendidikan dan nafkah pada waktu yang ditetapkan.
Ia sekaligus mengundang kecaman ramai terhadap View Chin dan Amira yang didakwa sering memburukkan Sharmine ketika bersiaran langsung di media sosial
Amira Minta Jangan Terus Menghukum View Chin
Menjawab komen tersebut, Amirah menjelaskan bahawa masyarakat tidak seharusnya membuat penilaian hanya berdasarkan apa yang kelihatan di media sosial.
View this post on Instagram
“Pada saya, kita tak boleh menilai seseorang hanya berdasarkan apa yang nampak di media sosial. Dia pun bukan tak pernah bayar nafkah seperti yang orang anggap,” katanya.
Dia turut menegaskan bahawa apa yang dipaparkan di media sosial mungkin tidak menggambarkan keseluruhan cerita yang berlaku dalam kehidupan seseorang.
“Dia cuma nak peluang untuk jumpa anak-anak dia. Saya rasa itu pun dah cukup untuk kita faham keadaan dia tanpa perlu terus menghukum,” tambahnya.
Perkongsian berkenaan kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut mengingatkan supaya isu membabitkan keluarga dan anak-anak tidak dinilai secara terburu-buru hanya berdasarkan maklumat yang tersebar di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dia Berak Tak Cebok, Tak Sabun Ye..." - Isteri Minta Cerai, 'Fed Up' Dengan Sikap Pengotor Suami
The post “Sabar Daddy, Berjuang Bukan Untuk Simpati” – Kalah Kes Mahkamah Dengan Ah Moi, Mira Pertahan View Chin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






