
Kota Kinabalu: Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. (Safma) menghulurkan bantuan segera bagi meringankan beban mangsa yang terjejas dalam kebakaran di Kampung Numbak, Karambunai.
Inisiatif kebajikan terbabit dilaksanakan menerusi serahan sumbangan produk premium agensi berkenaan, Ikan Rakyat Sabah.
“Kita serahkan sumbangan ini kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karambunai Nordin Ludah dengan harapan semoga usaha ini sedikit sebanyak mampu membantu mereka yang dilanda musibah kebakaran ini,” kata Pengurus Besarnya Burhan Japar.
Burhan berkata Safma berharap agar proses agihan bantuan kepada semua ketua isi rumah terjejas dapat dilakukan segera.
“Usaha ini turut mendapat kerjasama padu daripada wakil Persatuan Perikanan yang sentiasa menyokong program kemasyarakatan di negeri ini,” katanya.






