Sah! Hakim Danish Kekal Bersama MSI Racing Team Dalam Moto3

8 Aug 2026 • 9:22 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Sah! Hakim Danish Kekal Bersama MSI Racing Team Dalam Moto3

Hakim Danish Ramli secara rasmi akan meneruskan saingan dalam Kejuaraan Dunia Moto3 bersama MSI Racing Team.

Perkara itu disahkan selepas MSI Racing Team melalui ZK Racing (pihak pengurusan Hakim Danish) mengumumkan barisan pelumba mereka secara rasmi, sekali gus menamatkan persoalan mengenai masa depan pelumba muda Malaysia itu.

Hakim Danish akan kekal dalam kategori Moto3, meneruskan kerjasama bersama MSI Racing Team untuk musim akan datang.

Sebelum pengumuman rasmi dibuat, timbul persoalan sama ada Hakim Danish bakal dinaikkan ke kategori Moto2 atau terus kekal di Moto3 bersama pasukan sedia ada.

Bagaimanapun, segala persoalan itu akhirnya terjawab apabila MSI Racing Team mengesahkan Hakim Danish sebagai sebahagian daripada barisan mereka untuk Moto3.

Keputusan ini memberikan kesinambungan buat Hakim Danish untuk terus membina pengalaman di pentas Kejuaraan Dunia Moto3 bersama pasukan yang sudah dikenalinya.

Bagi musim depan, Hakim Danish akan memulakan perjalanan baharu apabila akan bergandingan dengan rakan sepasukan baharu, pelumba dari Argentina, Valentín Perrone.

Pengekalan Hakim Danish membuktikan komitmen jangka panjang MSi Racing Team dalam membangunkan bakat muda bertaraf dunia, selain keyakinan mereka terhadap kemampuan pelumba berusia 19 tahun itu untuk terus mencabar saingan Moto3.

Kini, tumpuan pastinya terarah kepada musim baharu dan prestasi Hakim Danish dalam usaha untuk terus mencipta nama sebagai antara pelumba Malaysia di pentas dunia.

The post Sah! Hakim Danish Kekal Bersama MSI Racing Team Dalam Moto3 appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved