Saham SKA Capital melonjak 19% pada hari pertama disenaraikan di Pasaran ACE
hamden11/11/2026 - 10:34 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com
hamden11/11/2026 - 10:34 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com KUALA LUMPUR 11 Nov – Saham SKA Capital Bhd (SKACAP) melonjak 19% pada hari pertama dagangannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada Rabu, mencerminkan sambutan positif pelabur terhadap penyenaraian firma kejuruteraan elektrik itu.
Saham syarikat berkenaan dibuka pada harga 51 sen sesaham, berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 43 sen.
Kaunter itu kemudiannya meningkat kepada paras tertinggi 57.5 sen sebelum kali terakhir diniagakan pada 56 sen, dengan lebih 70 juta saham bertukar tangan setakat jam 9.15 pagi.
Berdasarkan harga dagangan terakhir 56 sen, SKA Capital mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM501 juta. - DagangNews.com






