Saingan 2v2 EA FC PS5 satukan peserta pelbagai kaum

GamingSports
19 Jul 2026 • 8:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Saingan 2v2 EA FC PS5 satukan peserta pelbagai kaum
Peserta terdiri daripada pelbagai kaum mengambil peluang mempamerkan aksi dalam Kejohanan 2v2 EA FC PS5. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR
Image from: Saingan 2v2 EA FC PS5 satukan peserta pelbagai kaum
Kejohanan 2v2 EA FC PS5 antara tarikan utama program Riuh BOLA SINAR x redOne Mobile x RTM di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam pada Ahad. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Gabungan peserta pelbagai kaum dan peringkat umur mewarnai saingan Kejohanan 2v2 EA FC PS5 antara tarikan utama program Riuh BOLA SINAR x redOne Mobile x RTM di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini pada Ahad.

Kejohanan itu menghimpunkan sehingga 32 pasangan peserta berusia 18 tahun ke atas yang bersaing mempamerkan kemahiran dalam permainan bola sepak digital EA FC di platform PlayStation 5 (PS5).

Pertandingan berlangsung menggunakan empat unit konsol PS5 yang disambungkan kepada empat televisyen pintar membolehkan beberapa perlawanan diadakan secara serentak dalam suasana penuh kompetitif.

**media[3587958]**

Sepanjang kejohanan, setiap pasangan dilihat mengatur strategi dan bekerjasama bagi memastikan pasukan masing-masing mampu melangkah lebih jauh untuk merebut gelaran juara serta hadiah wang tunai yang ditawarkan.

Sorakan daripada pengunjung turut memeriahkan suasana apabila setiap jaringan berjaya dihasilkan menjadikan pertandingan itu antara aktiviti yang mendapat sambutan sepanjang program berkenaan.

Kejohanan tersebut bukan sahaja menjadi platform buat peminat permainan video menguji kebolehan, malah mengeratkan hubungan peserta daripada pelbagai latar belakang menerusi semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan.

Kejohanan 2v2 EA FC PS5 merupakan antara pengisian utama dalam program Riuh BOLA SINAR x redOne Mobile x RTM yang turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik sempena tayangan akhir Piala Dunia FIFA 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved