Sambungan PCIe 8.0 Memperlihatkan Kadar Penghantaran Data Sepantas 1TB/s

TechnologyDigital
7 May 2026 • 3:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Piawaian teknologi penghantaran data PCIe dilihat memecahkan siling kadar penghantaran data sepanjang masa, dan walaupun buat masa ini ia dilihat bahawa kadar penghantaran data menggunakan teknologi PCIe 5.0 dengan 16 lorong penuh adalah sepantas 128GB/s, PCI-SIG, badan disebalik teknologi penghantaran data ini telah memperlihatkan apa yang mungkin boleh dilihat di masa hadapan kelak.

Terkini, mereka baru sahaja memaparkan apa yang mampu boleh dilihat dengan piawaian teknologi PCIe terbaru yang sedang dibangunkan, iaitu PCIe 8.0. Pendedahan awal oleh PCI-SIG memperlihatkan bahawa dengan 16 lorong maksima, kadar penghantaran data boleh pergi selaju 1TB/s.

Image from: Sambungan PCIe 8.0 Memperlihatkan Kadar Penghantaran Data Sepantas 1TB/s

Walaupun dengan x8 lorong sahaja, PCIe 8.0 dilihat boleh menawarkan kelajuan penghantaran data setinggi 512GB/s, jauh lebih pantas daripada apa yang boleh ditawarkan sepenuhnya dengan piawaian PCIe 5.0.

PCIe 8.0 kini disahkan dalam versi 0.5, yang mana struktur piawaian teknologi tersebut seperti senibina, aliran elektrik, pematuhan logik dan perisian sudahpun ditetapkan oleh pihak PCI-SIG. Ini bermakna bahawa pelbagai syarikat pembuat cip memori dan storan boleh mula berekseperimen dengan piawaian ini untuk memperlihatkan bagaimana mereka boleh mendapatkan prestasi yang terbaik untuk cip-cip memori dan storan mereka.

Image from: Sambungan PCIe 8.0 Memperlihatkan Kadar Penghantaran Data Sepantas 1TB/s

PCI-SIG dilihat akan terus membangunkan teknologi ini, dan menurut mereka, spesifikasi piawaian ini akan dimuktamadkan sekitar tahun 2028 kelak, sebelum ia boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor IT, khususnya untuk pemerkasaan AI.