Samsung melancarkan kad kredit pertama mereka, Samsung Galaxy Card, dengan ia memberikan fokus pada ganjaran tunai untuk setiap pembelian. Kad kredit ini dikeluarkan oleh Barclays US Consumer Bank dan menggunakan rangkaian Visa dengan ia terbuka kepada pelanggan di Amerika Syarikat sahaja pada ketika ini. Ia ditawarkan dalam bentuk kad fizikal logam premium dengan logo Samsung hitam dan juga sebagai kad maya.

Antara kelebihan yang diberikan kepada pemegang kad ialah 5% ganjaran tunai untuk pembelian terus dengan Samsung, 3% ganjaran tunai melalui Samsung Wallet, 2% untuk perkhidmatan penstriman seperti Netflix, Disney+, Spotify, 1% untuk semua pembelian lain dan 20% diskaun Samsung VIP Advantage.
Kad boleh disimpan dalam Samsung Wallet bersama kad lain, ID digital, pas, dan kunci digital . Sistem Samsung Knox digunakan bagi memastikan keselamatan kad yang disimpan dalam peranti Samsung.





