Samsung mengumumkan teknologi skrin Tandem OLED baharu yang dibangunkan khusus untuk komputer riba. Ia adalah panel pertama yang melepasi piawaian kecerahan VESA DisplayHDR True Black 1400 dengan ia boleh mencapai kecerahan puncak 1600 nits. Ini bersamaan 40% lebih terang berbanding panel sebelum ini.

Dengan teknologi Tendem OLED, dua panel OLED dipasang bertindan untuk meningkat kecerahan panel. Beban kerja dikongsi antara dua lapisan OILED, menjadikan penggunaan biasa kurang menberikan tekanan kepada panel. Samsung mendakwa jangka hayat lebih dua kali ganda berbanding panel OLED biasa dalam penggunaan laptop biasa.
Produk pertama dengan panel ialah Lenovo Yoga Pro 9i Aura Edition (Gen-11).Asus, Dell dan MSI dijangka melancarkan laptop dengan panel yang sama pada separuh kedua 2026 .




