
Samsung Electronics kini secara rasminya membentuk sebuah bahagian khusus dalam syarikat mereka memfokuskan kepada robotik, sekaligus dilihat akan memacu untuk pembangunan dan pengkomersilan robot dibawah mereka.
Samsung menamakan bahagian robotik mereka ini sebagai RX – selari dengan penjenamaan bahagian mereka yang lain. RX dilihat merupakan singkatan kepada “Robotics Experience”. Mengetuai bahagian ini adalah bekas ketua strategi robotik di Hyundai Motor Group sebelum ini, iaitu Lee Dongkun.
Selari pembentukan bahagian baharu ini, Samsung turut akan menubuhkan hub memfokuskan robotik mereka di Amerika Syarikat, China dan Jepun.
Arena robotik sedia menerima perhatian ramai, termasuk memperlihatkan penyertaan pelbagai syarikat, termasuk Honor, Xiaomi, Tesla dan sejumlah syarikat teknologi lain. China sendiri mempunyai sejumlah syarikat memfokuskan robotik yang telah pun menghasilkan robot yang boleh bergerak dan berinteraksi dengan baik hari ini. Dengan pembentukkan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah penawaran pertama oleh Samsung dibawah bahagian robotik ini.






